PERSONAL . NEWS

flaw

Hai Welcome Here


" I dare myself to be rare. I put my fav to hello kitty "

life

follow


click to know

We can chatting here

  • link blog sahaja dibenarkan
  • exchange link? inform di sini




  • Segmen siapa aku?}
    Wednesday | 00:47 | 6Comment

    Assalamualaikum,


    tekan gambaq k^

    first of all aku ucap tahniah sebab buat segmen ni, sebab aku tengok ramai join. kihkih. Thanks sebab jemput aku join. Oh ya maybe entri aku akan nampak a lil bit tak polite sebab penggunaan aku. Tapi anggap je aku ni sama umur dengan korang okay.

    So aku mulakan cerita SIAPA AKU? adakah aku manusia? haiwan? benda? ataupun hantu? emmmm aku try nak buat lawak tapi tak lawak. Takpe aku jawab-- aku ialah manusia. First aku ialah manusia yang asalnya dari perut seorang ibu selama 9 bulan. disebabkan bosan duduk dalam tu lama-lama so aku pun suruh ummi aku pergi beranak, then dia pun kata okay!. yes so akhirnya aku keluar melihat dunia pada 14 september 2000. bila difikir balik mungkin aku start duduk dalam perut ummi sejak bulan 1 kot. Alhamdulillah aku dilahirkan dalam keadaan normal dalam wad bersalin di Hospital Universiti Kuala Lumpur. sekarang HUKL dah tak wujud tuko jadi PPUM.

    Lepas tujuh hari aku menikmati angin dunia, parents aku labelkan aku as Nur Izyan binti Rosdi yang membawa maksud cahaya penghiasan. Agak-agak aku ni hias apa ye? okay meh mula cerita pasal sifat aku ye.

    Not choosy
    not choosy tu tak cerewet. aku ni jenis tak memilih. parents aku cerita aku ni memang low profile. sejak aku baby sampai sekarang aku ni jenis cakap "okay" je tau. Masa baby lepas 6 enam bulan kakak-2 aku semua minum susu mahal tapi aku tak. bukan sebab tak cukup duit tapi perut aku tak boleh terima susu mahal. Aku minum susu murah. TAK MURAH SANGAT OKAAAAYYY. jenama dutch lady 1,2,3 dan sambung sampai 4,5,6.
    Then bila aku dah besar sikit mula lah parents bawa jalan-2 beli baju. Aku ni bukan malas nak pilih baju tapi not choosy lah. mak aku cakap "adik try ni" "adik okay tak baju tu" "adik ambil ni ke" dan jawapan aku hanya 1 "okay". Mungkin sebab masa kecil tak tau fesyen kot sebab tu tak kisah. 

    Oh mula lah aku ni ada sifat nak shopping bila masuk tingkatan 1. Puberty hit me well ahahahaha. Aku pilih macam-macam baju tapi part ni aku choosy sikit. Aku kalau nak beli barang aku akan tengok harga. kalau mahal dan harga tak logik dan boleh dapat  murah aku akan put a side. aku takkan pegang that things.

    Bukan apa, aku just tak nak bazirkan duit parents aku. Diorang nak tanggung 3 orang anak perempuan. KAU RASA? sampai satu masa bila parents aku tanya "sebenarnya adik nak yang mana" dan aku tunjuk lalu terdengar "ambil lah" aku memang nak ambil tapi disebabkan aku ni tak cerewet so aku ambil je. KAN AKU DAH CAKAP AKU AKAN CAKAP OKAY AHAHAHAHAHA. 

    OCD-- obsessive-compulsive disorder
     Maaf lah aku memang manusia yang teratur. i'm being ocd since 2014 when entering boarding school. Aku duduk dalam bilik yang ada 6 orang. Ada locker besi baru huehuehue. ocd ni muncul dalam diri bila aku kena start berdikari. mesin basuh takda nak basuhkan baju aku, ummi takda masak untuk aku, akak takda nak ajar aku dan INTERNET TAKDA NAK TENGOK WECHAT arghhhhh.

    ke-ocd-an aku jelas terpampang bila aku nak sidai baju. Part ni aku pantang. kalau nak sidai baju mesti seluar-seluar baju-baju tudung-tudung. takkan korang tak macam tu? ohya kegunaan hanger dan penyepit pun kena sama. if aku sepit baju guna sepit biru then all the baju must biru. if aku sepit hanger warna putih then all the hanger must be putih.

    nak letak hanger dalam locker pun mesti teratur. susun kena ikut jenis dan ton warna. aku ada hanger warna biru pekat je tapi 3 jenis yang berlainan. so aku takkan campurkan rabak-2 hanger tu. sebenarnya aku marah ayah aku beli lain-2 jenis. Rasa nak nangis pun ada. tapi tak marah betul la.

    Aku ni kalau lepas minum dalam dorm mesti kena terus basuh cawan even dah 1 pagi. Itu dorm aku tak suka, sebab diorang jenis yang suka tinggalkan esok pagi baru basuh, tapi bila ada aku-- SAY NO TO BASUH ESOK PAGI. Disebabkan aku bersifat OCD automatik aku seorang yang tegas. tapi setegas aku pun still boleh bawa gurau ye. bukan macam kak ros.
    librarian? ye aku librarian. Aku paling suka kemas buku sebab rasa macam library aku punya. Satu benda aku tak faham dengan librarian lain, KENAPA DIORANG TAK SUSUN BUKU IKUT KETINGGIAN AND TAJUK. woooo aku pantang bab ni. ikut la tajuk dan kategori. kalau kategori "bunga" mesti semua buku bunga jangan sesekali campur dengan haiwan. macam tu la. korang faham tak? Aku la satu-satu nya librarian yang ambil masa abt 1 hour untuk susun 1 rak. yang lain 1 jam 6 rak.

    OCD means teliti.
    Cats lover
    Sapa suka kucing? mesti ramai kan. termasuklah aku. Pantang nampak kucing mesti nak usap, mesti nak belai. Tapi satu je aku takut pasal kucing ni. THEIR BULU. ew aku boleh nangis kalau ada bulu melekat dekat baju , seluar or tudung aku. semua ni sebab aku actually alergic dengan kucing. kalau pegang je nanti mesti mata aku merah, hidung besar, sakit jiwa la. Orang kata minat tak dapat dihalang so aku teruskan sayang kucing.


    Dulu aku ada kucing, aku lah manusia paling happy time tu sebab ada kucing. siap show off dengan classmate lagi. itu masa darjah 3, x matang lagi. Malagnya kucing aku beranak berekor ekor. sampai cecah 30. Even aku sanggup jaga tapi mak aku tak. so dia hantar kampung. Dan jadilah kucing kampung. Tapi sekarang dah takda. SAYA NANGIS DULU YE.

    sekarang ni setiap kali aku balik rumah cuti, mesti ada kucing. every holiday kucing yang lain. aku je la yang layan. family aku buat dekkkk je. nampak kucing aku bawa masuk rumah lepas tu jerit cakap "akak ada kucing masuk rumah" padahal bawa sendiri. ACAH LEBIH.

    psst klau sampai sini korang dah bosan sorry ye. :)
    Saya suka hello kitty
    Disebabkan aku ni penggemar kucing, sooooo alang-2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ye dok?, aku pun minat la hello kitty. hello kitty kan kucing. takkan tak tau. Aku start minat since tingkatan 1. aku suka gila auw auw. boleh dikatakan semua barang aku hello kitty kalau exco buat spotcheck locker aku selalu kena gelak sebab banyak barang hello kitty. Sikat, beg duit, beg syilling, penutup mata, pemadam keychain kunci, patung, bantal busuk, jam loceng, tag beg, botol air . ahhhhhhhhhhhhhh semua hello kitty la. sampai mak aku pun melayan. aku merajuk dia beli barang hello kitty. psstt anak bongsu boleh la..
     saya nak bilik niiiii
    Mudah bersimpati 
    Tak boleh tengok orang susah or sedih nanti mesti rasa sedih juga. Kalau kawan aku sedih aku try tanya kenapa. kadang-kadang dia bosan nak jawab hahahaha.

    ni aku ta boleh halang-- aku ni exco dekat asrama so bila time prep hampir setiap hari students tanya "boleh tak nak prep tempat lain, sebab nak ajar/belajar" "tak selesa la bising, belajar dkt sana boleh" niat diorang baik tapi aku ni kena lah ikut peraturan so jawapan aku mmg la "tak boleh" tapi bila diorang kata "alaaaaaa" aku mmg akan cakap "sekali je". apa perasaan korang bila benda ni berlarutan?. last-2 aku bagitau cikgu. Tapi still berlaku.

    -- aku nak pesan satu je tolong ikut peraturan dan jangan bodek. I CANNOT. rasa kesian tu penuh dalam hati ni.

    Kalau jumpa kucing, aku mesti nak bagi makan. Tapi niat aku nak bagi seekor je, bila datang lagi sekor mesti rasa kesian. nak bagi mmg ta cukup. so masuk lah dapur cari makanan lain. Aku tak boleh tgk kucing yang tengok kucing lain makan. Aku rasa aku kedekut je.


    Childish
    my parents say that my childish level is so high. Even next year nak masuk upper form tapi kebudak-budak tu ada. Parents aku selalu tegur adik ni still sama tak ubah kartun kartun kartun. Ye laaa sebab aku ni setiap kali buka tv memang tak buka channel lain selain channel ceria and disney. Sejak aku tadika ayahu ada prinsip "no kartun malam-2" dan benda tu dia still cakap sebab aku memang akan buka kartun malam-2. Sooo apa nak buat dah aku memang minat dekat kartun. Ayah pun layan kan aje.

    Kalau bawa berjalan sebolehnya family aku akan tak lalu tempat ada mainan sebab takut aku tersesat dalam himpunan mainan. Aku pantang nampak mainan mesti nak beli even aku tau takkan dapat. Time pergi big bad wolf aku takdanya cari novel, Aku akan pergi cari buku kartun. Then ummi was like "adik masih tak keluar". HAHAHAHAHa
     Saya suka susu
    aku minum susu dari bayi sampai darjah 2 dalam susu then berhenti sebab merajuk mak buang botol susu. masuk darjah 5 minum balik sebab rindu dan sampai sekarang sebelum tidur aku kena minum susu. tapi satu jenama susu je aku minum. DUTCH LADY. yeahhhh tapi kena full cream. kihkih
    talkative
    Aku memang pantang diberi peluang bercakap. Sekali bersuara susah nak stop. Even orang lain dah tak bercakap aku ada je benda nak cakap. Boleh beku mulut kalau tak bercakap. ishh pantang. sebab tu kalau tengah belajar dalam kelas aku memang tak boleh fokus sebab kena diam. Bila diberi peluang untuk tanya memang aku tanya woo. 
     
    Kesimpulannya aku ni seorang
    • not choosy
    • OCD
    • Cats lover
    • Mudah bersimpati
    • Childish
    • susu lover too
    • talkative
    • manusia nama Izyan
    • yey hello kitty 
    p/s kalau korang perasan makin lama makin pendek aku punya cerita hahahaha. aku just dah penat tulis. Tapi hope enjoy. if tak menang segmen ni takpa tapi aku enjoy tulis panjang-2